Subscribe RSS

· Latar Belakang

Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

· Program NILAM

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. Ia Juga merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan). Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (aktiviti) dan merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. (penilaian)

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.

Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.

· Matlamat

Satu strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di kalangan pelajar SMK Pasir Gudang sehingga terbina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan mereka.

· Objektif

a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca (semua bidang, bahan berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja)

b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

· Sasaran

Semua pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 5 SMK Pasir Gudang

· Tempoh perlaksanaan

Sepanjang sesi persekolahan pada setiap tahun (Jan-Nov)

· Tenaga Pelaksana

Jawatankuasa induk dan semua guru khususnya guru bahasa